Tuesday, November 20, 2012

Respect other people's feelings.

Aku ada satu tabiat daripada dulu lagi.
Kalau aku nak mulakan hidup baru. (Kata lain bagi kecewa)
Aku akan potong rambut aku.
Now, dah pendek macam lelaki.
Mamat korea punya rambut pon lagi panjang kot.
Lagi satu, aku akan keluar jalan-jalan kat tempat ramai lelaki orang.
Sebab?
Kat situ aku akan sedar "owh, ramai lagi lelaki rupanya kat luar ni."
Kalau kecewa tu, janganlah terperuk je okay!

.Tapi kali ni aku kecewa sebab result aku bukan lelaki.


Cuci mata kejap jom! 

Mamat ni senyum peh, kalau dapat aku cium cubit je pipi dia tu.(gatal)
hahahahaa

Nak jugak macam nie.. Suwitt... 

Aku paling suka lelaki berkaca mata ni. Cuba bayangkan dia ucap I love you, then dia bukak cermin mata dia sambil tenung mata kita. Auw auw auw, Oh my Oh my Oh My! Hamagad!.. xoxo

Sumber gambar2 ni semua google je.

Dah cukup dah aku berangan. Tapi lelaki berkaca mata tetap menjadi pilihan aku, lain orang lain taste. Lain mata yang melihat, lain penilaian dia. Bukan nak membezakan mana cantik/hensem atau buruk.

Ada orang cakap "Kadang kita lihat orang tu cantik padahal dia biasa-biasa saja, adakah mata yang menipu?" Aku rasa itu adik-beradik dengan ayat "Biarlah saya nampak cantik di mata awak sahaja."

Oh, ya. Sebelum terlupa, tadi aku jalan-jalan kat Tanjung Emas, Muar Johor. Ramai gila yang jogging. Sebelum ni aku pergi pagi, tadi petang je aku lepak sensorang kat sana ambil angin.

Daripada pemerhatian/observation aku, kalau pagi hari hanya 2/10 yang menarik perhatian aku. Kalau petang pula macam tadi, 8/10 menarik mata. Tu baru mata aku, kalau mata korang aku tak tahu la. hahaha.. Nampak tak yang lelaki ni jarang bangun pagi. kehkehkeh! 2/10 lelaki yang bangun pagi jogging tu memang handsome (x)kali sejuta berbanding yang jogging waktu petang.

p/s : dalam pada kita asyik menilai orang, cuba tengok diri sendiri pulak. Peringatan ni bukan hanya untuk korang tapi untuk aku jugak. Respect other people's opinions/feelings. Kita bukanlah sempurna, setiap orang ada cacat celanya. Itulah yang dinamakan unik. Enough said!